Saturday, June 11, 2011

5 Tahun Bercinta Namun Akhirnya ....

Salam.
Satu percintaan tak semestinya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan. Ini bukan lagi kisah dongeng atau drama yang kita lihat di kaca TV, ini memang satu realiti yang berlaku. Malah, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan satu kisah yang berlaku kira-kira 3 tahun dahulu. Kisah yang telah menimpa seorang sahabat , seorang gadis (ketika itu) yang akhirnya kecundang dalam cinta setelah dekat 5 tahun menjalinkan cinta.


Sahabat - Fifa (bukan nama sebenar) telah menjalinkan cinta dengan seorang lelaki yang juga sahabat sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka bercinta seperti pasangan kekasih lain pada ketika itu, tampak mesra dan nampak secocok.


Di setiap kali reunion kami, pasti perasan yang pasangan ini memang hot bercinta, walaupun dah tamat persekolahan menengah kami. Ibu bapa kedua pihak juga tahu, malah masing-masing dah memasang hajat agar keduanya disatukan.


Amat rapat, sehingga kedua keluarga saling tukar-tukar kunjungan. Namun, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun, segalanya sedikit demi dikit berubah.


Fifa mula sedar akan suramnya cinta dari si dia. Segalanya bermula bila si dia dah bekerjaya dan dalam masa yang sama mempunyai seorang kakak angkat.


Berjurailah air mata Fifa kerana si dia mengatakan selama ini - selama 5 tahun merasa cinta, cinta itu kini telah tiada. Apa yang dia rasakan selama ini hanyalah satu penipuan hati. Terkejutlah Fifa akan pengakuan yang tak disangka. Masakan tidak, selama 5 tahun mencurah kasih, pengakhiran yang dinanti tidak sepatutnya.


Mungkin kehadiran orang ketiga - kakak angkat menjadi penyebab, tiada siapa yang tahu. Tetapi begitulah yang tampak di mata kasar. Fifa kecundang dengan cinta yang telah bersemi selama 5 tahun. Dan si dia - lelaki yang berkasih dengannya dan sebelum ini dikatakan sebagai merpati sejoli tidak lagi bersamanya.


Terkejut juga kedua belah keluarga bila mengetahui apa yang perlu mereka tahu - sebuah perpisahan yang tidak dapat dielakkan.


Gitulah kisah sahabat Fifa yang akhirnya terpaksa pasrah akan ketentuan takdir. Cinta bersulam kasih selama 5 tahun tidak menjanjikan sebuah pengakhiran yang diinginkan. Siapa yang dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menerima dengan hati tabah dan meneruskan hidup seperti sepatutnya.


Cinta bukanlah segalanya.

Friday, June 10, 2011

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk !

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )


Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

Macam mana nak tahu si dia suka, sayang atau syok dengan kita?

Hebatnya tajuk saya hari ini. Macam pakar je dalam bab macam ini. Padahal experience pun tak banyak. Tapi tak pelah aku saja nak kongsi dengan korang semua. Ini semua based on my little experience and my friends experience.

Berbalik kepada tajuk di atas, macam mana nak tau si dia (yang kita suka) suka juga kat kita.



1. Yang terang dan nyata lagi bersuluh, si dia akan selalu contact kita tak kira pagi, petang, siang atau malam. Kalau korang je terhegeh-hegeh contct dia, itu may be ada something wrong. Lagi satu kalau dia selalu bagi alasan busy 24jam smpai tak sempat nak contact, itu maknanya dia tak berapa suka nak layan kita. Kalau si dia memang suka kat kita, walau sesibuk mana pun, dia pasti akan menghubungi kita walaupun sebentar.


2. Si dia sanggup berkorban demi kita. Cuba korang try pinjam duit atau harta benda dia. Tak pun try minta tolong apa-apa kat dia. Kalau dia bagi pinjam dan tolong korang means dia memang rela melakukan apa saja demi korang. Ini bermakna dia memang suka atau sayang kat korang. Dia tak sanggup tengok korang dalam kesusahan.


3. Kalau si dia cemburu korang bercerita pasal lelaki/perempuan lain, itu tanda yang bagus. Ini bermakna dia tak nak ada orang lain dalam hidup korang selain dia. Kalau tak percaya, try la buat kat pasangan korang. Kalau takde respon, may be dia ada yang lain. So dia pun tak kisah korang ada yang lain. Parah tu.


4. Si dia akan memperkenalkan korang pada kawan-kawan dan famili diorang. Si dia tak malu nak kenalkan korang dengan member-member dia. Kalau dah bawa jumpa famili lagi bgus. Itu tanda nak hubungan lagi serius. So, korang jgn malu kalau dia nak bawa jumpa famili diorang. Event korang pun mesti bawa gak dia jumpa famili korang. Biar dua-dua famili kenal. Nanti kalau jadi apa-apa senang nak cari.he3 (bukan minta yang bukan-bukan tapi at least biar parents tau dengan sapa kita berkawan)


5. Si dia mengambil tahu tentang famili dan diri korang. Tau asal usul korang, tau dan ingat besday korang. Kira nampakla yang dia berminat nak tau pasal diri korang. Kalau asik terlupa je besday korang, nampak sgt yang dia tak ambil berat pun pasal korang. So better tinggalkan je orang cmtu dan cari je orang lain.


Setakat itu je yang aku boleh kongsikan. Ini semua hanya pandangan peribadi aku. Kalau ada yang tak betul tu betulkan lah. Kepada semua, jangan risau kalau korang masih tiada pasangan kerana jodoh untuk korang telah pun tertulis sejak azali. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Lelaki yang baik nescaya akan mendapat wanita dan baik dan sebaliknya.


P/S: Teringat pula satu lirik lagi ini 'kalau mencari teman janganlah memandang luaran cari yang BERIMAN'. Ingat tu jangan memilih sgt dalam mencari teman, yg pnting hati mau baik.

10 JUN 2011 ♥



happy anniversary to TUAN MUHAMMAD ASYRAF BIN TUAN ZULKIFLI . firstly , syg nk ucapkn terima kasih bnyk-2 kerana buat sayang happy , sad n jelous n others dgn bie ! but , genap 7 bulan kn bie kite cple ? serius , syg x sedar 7 bulan kite cple . mcm aru jwpew bie smlm jer . hee:DD bie , syg nk mnx maap dri hjng rambut hngga hjng kaki kt bie klu syng de terksar bhasa , buat bie terasa dgn perckpan syg or others . syg mnx maapkn cgt-2 . jnji x buat lgi ye bie :) syg ase appy cgt bie . syg hrap hbngan kte ni kekal smpai bile2 , dgn izin allah kn bie ? insyalah . walau kite gdh mcm mane pun . dlm hati syg , tetap cyg kn bie ! hee :) but , skunk kite dh x gaduh-2kn ? alwayz , happykn bie ? ye larh , kite dh jnji x nk gdh-2 lgi . mane leh mungkiri jnji . sbb tu kite bahagia skunk ! bie , smpai sini jer larh syg ucapkn kt bie . btw , i luv u so much bie ! ♥

Thursday, June 2, 2011

Hubby ♥


hubby hubby hubby cute ♥ hehe ;) . dye sungguh cute . I've been taken by him on November 10 , 2010 ♥ bie , you are everything to me . bie sempurna untuk sayang . di mata sayang bie begitu cute . setiap kali sayang pikir kan bie . sayang tak bule hidup tanpa bie . bie jangan tinggalkan sayang tau . sayang tak mampu nak lalui semuanya . hanya bersama bie sayang bule hidup bahagia . bie , kau begitu sempurna ♥ swear I really do love you from the bottom of my heart bie . ILOVEYOU ♥